Pengikut blog ini

Cari dalam blog ini!

Monday 28 March 2016

MAINKAN EMOSI PELANGGAN!

Salam, apa khabar semua.

Harap semua masih stay mengikuti blog ni ya :)

Mengikut kajian, 90% manusia membeli mengikut emosi.

Contoh :
Mail sakit perut. Kerana emosi geram dek sakit perut itu, Mail membeli ubat sakit perut.

Siti tak kaya. Tapi kerana emosi kegembiraan, dia sanggup berbelanja utk pakaian berjenama.

NAMPAK TAK?

Jadi, seeloknya dalam menarik pelanggan, mainkan emosi pelanggan dengan "MENGUGUT" mereka jika mereka xbeli produk anda, mereka akan rugi atau mengalami kesusahan.

Contoh:
JUAL BAJU - Inginkan style baru dalam berpakaian? Takut dikutuk kawan-kawan kerana pakai baju sama hari-hari? (EMOSI = TAKUT)

JUAL KARIPAP - Anda tak cukup masa nak masak? Nak gembira dipuji suami kerana menghidangkan makanan yg sedap tp mudah disediakan? (EMOSI = GEMBIRA)

Try experimenting guys! ;)

Thursday 24 March 2016

BARU NAK MULA BERNIAGA?

Untuk yang baru nak mula berniaga, anda DISARANKAN untuk tidak terus menjual PRODUK SENDIRI tetapi belajar dengan MENJUAL PRODUK ORANG dahulu ;)

MENGAPA?

Kutip dahulu pengalaman berniaga, barulah kemudian bila dah berjaya, berdirilah atas kaki sendiri dengan semua ilmu tu :)

SOUNDS LOGIC RIGHT?

Tuesday 22 March 2016

APA ITU COPYWRITING?

Copywriting ialah APA YANG ANDA TULIS di media sosial atau mana sahaja, untuk tujuan IKLAN atau PEMASARAN.

Contoh copywriting :

------------------------------
ANDA MALU JADI GEMUK?
------------------------------

Adakah anda sering ditertawakan kerana gemuk?
Baju lama sudah tak muat dipakai?

JANGAN RISAU! Kami ada caranya ;)

Kami boleh bantu anda kurangkan
5 KILOGRAM dalam hanya 3 HARI!

Bagaimana?
Hubungi kami sekarang!
013-3333333

---------------------------------------------------------------------

Ini adalah satu contoh copywriting yang biasa. Next time, Sifu akan ajar cara copywriting yang berkesan ;)

Jumpa lagi!

TARGET JUALAN ANDA!

Untuk menjadi KAYA, kita perlu tahu SEKAYA mana kita mahu.
Bila target itu kita sudah tetapkan, baru mudah untuk mencapainya ;)

Contoh:
Target untuk dapat sales RM12000 setahun.

Untuk capai target itu, kita perlu dapatkan RM 1000 sales sebulan!

Jadi, tetapkan berapa banyak sales yang anda kena buat sebulan

RM 1000 / 30 hari sebulan = Anggaran RM 34 sehari.

Anda yakin anda dapat jual RM34 sehari?

MANA LEBIH MUDAH

Dapatkan RM34 sehari selama SEBULAN,
atau dapatkan RM100 sehari selama 10 HARI SAHAJA,
atau dapatkan RM500 sehari selama 2 HARI SAHAJA!

Anda fikirkanlah. 

Monday 21 March 2016

KEHEBATAN SOLAT DHUHA

Solat Dhuha adalah salah satu magnet rezeki yg paling hebat, dan Sifu telah menyaksikan sendiri kesan solat hebat ini.

------------------------------------
SALES SAYA MERUDUM!
------------------------------------

Ada satu syarikat di Selangor ini, salesnya jatuh pada hujung tahun 2015, walaupun mengadakan promosi dan jualan murah.

Namun, bermula awal tahun 2016, bos di syarikat itu mengamalkan solat Dhuha berjemaah bersama staf di pejabat, dan pengajian Al-Quran satu muka surat sehari.

Hasilnya sangat MENAKJUBKAN! Sales pada bulan itu dan bulan seterusnya Alhamdulillah dengan izin Allah, naik walaupun bulan itu tiada promosi atau tiada apa-apa cuti perayaan.

Ini adalah KISAH BENAR berdasarkan pengalaman dan perkongsian dari Sifu sendiri.

Masih meragui kesan solat Dhuha terhadap bisnes? ;)

BANYAKKAN BERSEDEKAH!

Tips ini sangat penting!

Untuk anda mendapat lebih banyak, anda perlu beri banyak juga!

"The more you give, the more you get!"

Bukankah bersedekah itu dapat membersihkan dan menyuburkan harta? ;)

Cuba bersedekah setiap hari. Setiap kali singgah di masjid, sedekahlah walau seringgit.

Jika tidak mampu setiap hari, kira sales mingguan anda, dan ambil jumlah tertentu untuk bersedekah, dan sedekahlah tiap minggu.

Yang penting ISTIQAMAH!

Kuasa sedekah dan memberi itu sangat hebat!

PERLU KE BUSINESS CARD TU SEMUA?

Untuk anda yg baru nak mula berniaga, Sifu sarankan anda fokus kepada sales dahulu.

CONTOH?
Anda berniaga sandwich delivery kan?
Jadi cuba fokus dahulu untuk cari customer sebanyak mungkin dan dapatkan sales sebanyak mungkin

TAK PERLU baru mula berniaga, dah keluarkan modal buat business card lah, design logo lah, company stamp lah, t-shirt kedailah..JANGAN! RUGI SAHAJA!

Itu semua BRANDING! tak perlu fokus kepada branding dahulu jika anda baru nak mula berniaga.

BRANDING itu cuma status quo. Jika logo hebat, business card terbaik, tapi SALES TAK ADA?

Tak guna!

#sifuadbian #tips 

JANGAN RUGI DAHULU!

Pasti ramai yang nak berniaga kan?

Dan pasti ramai yang akan beli dahulu barang niaga, dan kemudian barulah jual.

Anda juga pasti yg barangan itu sedang VIRAL dan pasti AKAN TERJUAL.

....

ANDA SILAP?

Market permintaan tidak stabil sama sekali. Benda yg viral, tak semestinya orang mahu. Nanti dah beli berguni-guni stok, tapi tak terjual sikit pun. Kesian sungai tersumbat bila anda buang semua stok tu sbb kecewa nanti.

Atasi masalah ini dengan cara SURVEY permintaan pelanggan anda dulu.

Bukan susah! Cuma ambil gambar produk yg anda akan jual itu, letak di media sosial, dan tanya "ADAKAH ANDA BERMINAT DGN BARANG INI JIKA KAMI JUAL?"

Jika ada ramai yg berminat, barulah anda buat langkah pembelian stok tersebut.

Jika tiada sambutan, baik anda cari produk lain.

Tak rugi kan? ;)

*tips : utk posting validate, boleh gunakan FBAds untuk reach lebih ramai prospek!

DAPAT DUIT WALAU BELUM JUAL BARANG LAGI?

Adakah mustahil untuk anda DAPAT JANA PENDAPATAN walaupun anda belum JUAL BARANG LAGI?

Tidak mustahil sama sekali!

Dalam bisnes, tidak ada masalah untuk berniaga tanpa modal, asalkan kena caranya.

Mudah sahaja.

Gunakan sistem PRE-ORDER untuk barang anda.

Cari supplier barangan yg anda nak jual, promote di laman sosial anda, ambil order dan suruh pelanggan bayar dahulu.

Dah dapat duit barulah anda beli barangan tersebut.

Anda dapat buat BISNES TANPA MODAL!

Cuba dulu baru tahu ;)

#tips #sifuadbian

SIDE INCOME TANPA MODAL?

Salam.

Zaman sekarang ni seperti yang kita semua tahu, ekonomi tidak stabil.
Gaji sahaja tak cukup, kita perlu cari perndapatan tambahan.

Hari ni Sifu Adbian nak kongsi beberapa laman web untuk korang jana income tambahan tanpa modal, dan hanya di depan komputer sahaja :)

www.8share.com/my
-korang cuma perlu promote link iklan yg diberi, dan jana RM 0.20 untuk setiap klik!

Google AdSense
-korang perlu letakkan iklan dari Google di laman web/blog korang untuk jana income

www.clixsense.com
-dapatkan duit tambahan dengan klik iklan, install software, atau jawab survey! Cara yang lambat, tapi tak mustahil dapat berpuluh RM sebulan!

Affiliate member
-jadi affiliate member kepada laman web yg menawarkan servis atau barang jualan. promote barang mereka dan dapat komisen!

Banyak sebenarnya cara nak dapatkan side income. Cuma kita mahu usaha atau tidak je.

#sifuadbian #tips #sideincome